Sunday, 31 July 2011

Happy Blessed Ramadhan 1432H

Title nak english je kan?haha suka hati la.

Assalamualaikum.alhamdulillah.akhirnya Ramadhan datang kembali.setiap tahun mengikut tahun islam,umat islam diwajibkan untuk berpuasa pada bulan Ramadhan.bulan Ramadhan bukan sahaja mengawal nafsu dari segi makan & minum tapi percakapan,perdengaran & emosi juga harus dikawal.

Bulan Ramadhan pon ade signboard tau.dont play2 ya!
pada bulan Ramadhan juga dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan pada syaitan sepanjang bulan ini.bulan
Ramadhan ini juga,umat islam berkejar-kejar melakukan ibadah kerana beribadat pada bulan Ramadhan berlipat kali ganda daripada bulan-bulan yang lain.

jadi,marilah kita tingkatkan amal di bulan ramadhan.semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.

selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan semua umat islam di seluruh dunia :)

di sini aku sediakan niat puasa ramadhan sekali.jangan lupa niat dulu sebelum tidur ya semua :)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 
maksudnya:Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

"KU MENGHARAPKAN RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA"

Saturday, 30 July 2011

aku adalah aku

aku adalah aku?title mengundang tau.siapa aku?aku adalah manusia.manusia yang dilahirkan secara normal oleh ibuku pada tanggal 29 september 1991.aku adalah anak jati Kuala Lumpur!Kotarayaku!aku bernama Nur Farah Nadia Binti Bahari tapi aku suka dikenali dengan nama Faraanadiyot.kenapa?sebab bagi aku nama tue terlalu banyak kenangan dalam laman sosial yang pernah aku join seperti myspace,facebook,twitter,tumblr,blogspot dan sebagainya.nak juga tue kan?

aku nie jenis yang macam mana?sekali kau pandang aku,mesti kau cakap aku nie sombong.sometimes aku suka orang cakap aku sombong.sometimes aku tak suka orang cakap aku sombong.pelik tak?ok memang pelik!

tapi aku tak sombong.serius!cuba tegur baru kau tahu aku siapa.sekali tegur,tanpa berhenti aku berkata-kata hahaha!jenis aku,kalau tak pernah tegur tidak akan berkata-kata tapi bila sudah ditegur aku tidak segan untuk berkata-kata.okay?

aku tak kata aku baik tapi aku lebih suka katakan aku seorang yang jahat.kenapa?sebab aku nie bukannya sempurna.aku mengakui nya!aku lebih ke arah kejahatan dan bukan kebaikan.woo!statement berani mati!ado?takde la.bila aku cakap baik nanti,orang judge aku nie tak pernah buat jahat kan?so baik aku cakap,aku jahat budak jahat!eh dah macam lagu Stacy la!hahaha!biarlah Tuhan menilai kebaikan aku.

aku seorang penyayang & setia haha asal?kelakar ke?tak kelakar ok!baik kau percaya benda nie sebab benda nie benda betul!tak percaya try la haha!

aku nie 'moody'.ade mood angin aku baik & tak baik.depends pada keadaan aku.kalau aku penat,mesti la nak rest.bila ade orang kacau memang kena la mood angin tak baik tue.kalau aku tengah sms dengan yang tersayang ke,tentu la mood baik kan?hahaha

ape lagi ya pasal aku?okay.aku nie memang garang & pemarah orangnya.siapa kenal aku tau la macam mana aku lagi-lagi family & kawan-kawan yang rapat dengan aku tapi diaorg dah biasa & tak hairan kot sebab dah tau aku nie jenis macam nie.boleh pula dah biasa?sebab aku marah tak lama.setengah jam dah ok balik haha.

aku jenis cakap lepas.nie memang betul.bagi aku,aku tak perlu nak simpan dalam kepala otak aku.lebih baik aku cakap terus-terang.kalau aku tak suka,aku cakap tak suka.kalau aku suka,aku cakap suka.terpulang pada orang lain nak tersentap,makan dalam ke ape.aku memang tak boleh nak jaga hati orang tapi kalau selagi boleh,aku akan cuba kot.bukan nak selfish ke ape tapi adakah orang nak jaga hati kita?seboleh-bolehnya orang lain akan jaga hati masing-masing kan?

aku nie kadang-kadang boleh jadi pendiam.bila aku diam,ade la benda yang aku tengah fikir & jangan la orang lain ganggu apa yang aku fikirkan tue.

aku jenis sempoi.kau nak ajak aku lepak warung,pon boleh.aku tak kisah.aku bukan jenis high taste ok!bersyukur apa yang ada tapi tipu la takde rasa macam nak high taste tapi aku sedar aku berdiri di atas bumi yang nyata.kalau kita mampu,ape salah nya nak high taste.kalau tak mampu,buat cara tak mampu je.bersederhana itu lebih baik kan? :)

bab kawan pon aku tak memilih.janji jujur & ikhlas dalam persahabatan.aku percaya manusia ada sifat-sifat seperti itu.aku tak suka kawan yang jenis kaki kelentong.aku rela putus kawan dari ade kawan macam tue.orang kata,berkawan biar seribu berkasih biar satu.

inilah aku,manusia yang tidak sempurna tetapi akan berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini.insyaallah :)

Balik KL & Ramadhan 1432

bila weekend je mesti nak balik KL.itu la aku.bosan la duduk hostel.terperap je kat dalam hostel tak boleh juga kan?haha.


this week,aku balik rumah.balik rumah pon bukan buat ape.sama je duduk rumah juga.erk!tapi kalau balik rumah,boleh jumpa member-member yang dah lama tak jumpa & balik rumah juga dapat makan macam-macam haha.macam-macam tue contohnya kat college takde tapi kat rumah ade.faham?


sekarang nie aku tengah kebosanan.acane?member ajak lepak klcc & tengok wayang pon aku malas.haih.bukan ape cuma $$$ tidak mencukupi.aku ajak mama keluar.ingatkan jadi keluar,tiba-tiba tak jadi.eee menyirap aku.dah tue aku tak tahu nak buat ape pula?menaip keypad laptop la jawabnya!


ape-ape pon hari isnin nie umat islam dah mula berpuasa pada bulan ramadhan.semoga bulan ramadhan nie kita semua perbanyakkan la melakukan ibadah serta mengawal nafsu.bukan kawal makan & minum je ya!time bulan ramadhan nie la kaum-kaum hawa terutamanya jaga makan means diet la.betul ke?segelintir agaknya.kurang pasti walaupun aku nie dalam kategori yang sama.


aku mengharap kan ramadhan 1432 kali ini penuh makna.insyaallah!


p/s:aku dah berpuasa seminggu awal.maklumlah ganti puasa ramadhan lepas huhuhu kantoi! :D



i dedicated this song to all Muslims around the world :)

Friday, 29 July 2011

1st Post

Assalamualaikum.ape nak tulis ya?tettt blur.okay.ini bukan la 1st time aku berblog.dah 2,3,4,5 kali lepas tue asyik close account je.apasal?sebab aku nie takde masa nak updated blog 24/7.daripada blog aku berhabuk lebih baik aku close je account blog aku hahaha whatever!

aku baru sign up account nie.tiba2 mood aku nak berblog datang.kenapa?semenjak 2,3,4,5 menjak nie aku selalu nampak link blog member-member dalam facebook aku.lepas tue aku pon baca la haha.diaorg tak tahu pon aku serang hendap blog diaorg senyap-senyap.ape-ape je la kan.

aku guna link 'faraa-nadiyot.blogspot.com' haha sebab aku suka la nama faraanadiyot tue hihihi alahai poyo nya.

ok la.agak-agak nak follow aku,follow la.aku baru je kot kat blog nie.aku pon dah lama tak blog.agak lupa la nak settings & design blog nie.nanti aku try mengodam eh betol ke mengodam?haha hentam saja la.